Kebakaran rumah jagaan di Rusia, angka korban meningkat 20

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Angka korban akibat kebakaran di sebuah rumah penjagaan di bandar Kemerovo, Rusia meningkat kepada 20 orang, perkhidmatan media Kementerian Kecemasan Rusia memberitahu Sputnik.

Jurucakap Kementerian Kecemasan Rusia berkata, kebakaran yang tercetus pada Jumaat itu berjaya dikawal sekitar 23:39 waktu tempatan (16:39 GMT).

Terdahulu, perkhidmatan kecemasan memberitahu Sputnik bahawa jumlah kematian adalah sekitar 13 orang dan rumah penjagaan itu beroperasi secara haram

Gabenor Wilayah Kemerovo, Sergey Tsivilev menerusi hantaran di Telegram memaklumkan bahawa semua rumah jagaan, terutamanya milik persendirian akan diperiksa pada minggu akan datang.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: