North Port terbakar dipercayai akibat kebakaran butane gas

Anggota bomba sedang giat menjalankan aktiviti memadam kebakaran yang berlaku di North Port, Klang, Selangor pada Rabu.
Anggota bomba sedang giat menjalankan aktiviti memadam kebakaran yang berlaku di North Port, Klang, Selangor pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat melakukan aktiviti memadam kebakaran yang berlaku di North Port, Pelabuhan Klang, dekat sini pagi Rabu.

Sumber berkata, beberapa buah kontena pelbagai barangan termasuk kontena aerosol dipercayai musnah dalam kebakaran terbabit.

"Berdasarkan siasatan awal, berlaku kebakaran melibatkan 'butane gas' dalam kontena jenis aerosol.

"Namun apa yang pasti, kebakaran yang berlaku dapat dikawal oleh JBPM daripada terus merebak ke lain-lain kontena," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Kebakaran yang berlaku di North Port, Klang, Selangor pada pagi Rabu
Kebakaran yang berlaku di North Port, Klang, Selangor pada pagi Rabu

Beliau berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi, namun punca kebakaran masih belum diketahui.

Kejadian kebakaran di North Port itu mula tular di laman media sosial dengan pelbagai hantaran dimuat naik oleh netizen.

Malah menerusi rakaman video berdurasi 27 saat yang dikongsi orang ramai pagi Rabu, api dilihat sangat marak dengan kepulan asap hitam dapat dilihat dari jauh.