Ringgit dijangka diniagakan tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dijangka lebih tinggi pada minggu depan, diniagakan antara 4.41 dengan 4.43 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Ringgit dijangka lebih tinggi pada minggu depan, diniagakan antara 4.41 dengan 4.43 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dijangka lebih tinggi pada minggu depan, diniagakan antara 4.41 dengan 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan peniaga menumpukan perhatian terhadap China dan pergerakan harga minyak, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata, beliau menjangkakan unit tempatan itu akan didagangkan pada kadar yang menggalakkan menjelang tahun baharu apabila pelabur semakin yakin terhadap kerajaan.

"Saya menjangkakan ringgit akan didagangkan tinggi memandangkan pasaran memasuki tempoh cuti selama seminggu tetapi ia akan bergantung pada data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi teras AS yang dikeluarkan pada hari Jumaat, ia terus menunjukkan ke arah pengurangan inflasi di pasaran AS.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah sepanjang minggu dalam persekitaran ekonomi global yang lemah.

Inflasi Malaysia pada November 2022 meningkat sebanyak 4.0 peratus tahun ke tahun dengan inflasi makanan terus menjadi pemacu utama.

Sementara itu, inflasi teras meningkat sedikit kepada 4.2 peratus pada November berbanding 4.1 peratus pada Oktober.

Berasaskan mingguan, ringgit merosot kepada 4.4225/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4220/4265 pada minggu lepas.

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Artikel Berkaitan:

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3349/3391 daripada 5.3705/3760 pada Jumaat lepas tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2754/2785 daripada 3.2531/2569 minggu lepas.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3352/3381 daripada 3.2230/2265 dan hampir tidak berubah berbanding euro pada 4.6927/6964 daripada 4.6926/6974 untuk tempoh tujuh hari. - Bernama