'Dia tidak penuhi jangkaan kelab'

Isco
Isco
A
A
A

PENGENDALI Sevilla, Jorge Sampaoli berkata, bekas pemain tengah kelab LaLiga itu, Isco gagal memenuhi jangkaan menyebabkan kontrak pemain berusia 30 tahun itu ditamatkan.

Bekas pemain Real Madrid itu meninggalkan Sevilla selepas empat bulan di kelab itu di mana dia bermain 19 perlawanan, menjaringkan satu gol.

“Isco seorang lelaki yang hebat dan saya mendoakan yang terbaik untuknya.

“Seorang pemain yang mempunyai kemampuan hebat, namun dia tidak memenuhi jangkaan kelab,” kata Sampaoli selepas kemenangan Copa del Rey ke atas Juventud Torremolinos pada Rabu.

Pemain Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Wolverhampton Wanderers yang dikendalikan oleh Julen Lopetegui.

Lopetegui memainkan peranan penting dalam mendapatkan Isco ketika menjadi pengendali Sevilla.

Artikel Berkaitan: