Nasib baik ada Lewis

Lewis
Lewis
A
A
A

PEP Guardiola mengakui Manchester City bernasib baik kerana mempunyai Rico Lewis selepas pemain pertahanan remaja itu mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan 3-2 ke atas Liverpool pada pusingan 16 terbaik Piala Liga di Stadium Etihad.

Pemain berusia 18 tahun itu diberikan permulaan di bek kanan untuk pertembungan berprofil tinggi, dengan ketiadaan kelibat Kyle Walker dan Joao Cancelo selepas beraksi untuk England pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Tegas Guardiola, kemaraan penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu diinspirasikan kekentalan Lewis yang mengekang asakan jentera serangan Liverpool kendalian Jurgen Klopp.

"Separuh masa pertama pemain akademi bermain dengan sangat baik. Sudah lama saya melihat persembahan seperti Rico Lewis.

"Dia baru berusia 18 tahun dan telah bermain menentang Liverpool, pasukan yang dibarisi barisan bintang.

"Cara dia bermain dengan dan tanpa bola amat luar biasa, kami amat bertuah kerana memiliki pemain ini untuk dekad yang akan datang.

“Mudah-mudahan kelab boleh mengambilnya kerana permainan yang dia mainkan adalah luar biasa,” kata Guardiola.

Artikel Berkaitan: