Operasi SAR mangsa terakhir disambung esok

Operasi SAR telah dihentikan sementara pada jam 4.30 petang Khamis akibat hujan lebat.
Operasi SAR telah dihentikan sementara pada jam 4.30 petang Khamis akibat hujan lebat.
A
A
A

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir iaitu seorang kanak kanak lelaki yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini disambung pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi SAR telah dihentikan sementara pada jam 4.30 petang Khamis akibat hujan lebat.

"Operasi akan disambung semula pada jam 8 pagi, esok (Jumaat)," katanya.

Pada jam 11.04 pagi, empat mayat mangsa tanah runtuh ditemui di sektor C (riverside) di kedalaman tujuh meter.

Keempat-empat mayat itu dikenal pasti terdiri daripada satu lelaki dewasa, satu perempuan dewasa serta dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam sidang akhbar khas di lokasi kejadian mengesahkan jumlah sebenar mangsa terlibat bencana adalah seramai 92 orang.

Baki mangsa yang sedang dicari adalah seorang kanak-kanak lelaki.

Artikel Berkaitan: