Kewangan Perak kukuh, kutipan hasil lepasi RM1 bilion

Saarani pada Pembentangan Bajet 2023 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Khamis.
Saarani pada Pembentangan Bajet 2023 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Kedudukan kewangan kerajaan negeri Perak berada dalam keadaan kukuh apabila merekodkan kutipan hasil melepasi angka RM1.0 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kedudukan itu mengulangi prestasi pada tahun 2016 hingga 2019 iaitu pencapaian sebelum pandemik Covid-19.

"Alhamdulillah, kutipan hasil tahun semasa juga telah melepasi anggaran RM1.032 bilion. Pencapaian ini sekali gus telah mengukuhkan aliran tunai Kerajaan Negeri.

"Bersandarkan perkembangan itu, saya yakin, kerajaan negeri akan berjaya menutup akaun pada tahun ini dalam kedudukan surplus," katanya ketika berucap dalam Pembentangan Bajet 2023 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Khamis.

Beliau berkata, prestasi itu telah meletakkan negeri kembali merekodkan momentum pengukuhan kedudukan kewangan.

Katanya, kedudukan kewangan yang mengukuh itu juga berjaya menampung kurangan di dalam Kumpulan Wang Pembangunan Negeri yang kini telah berubah menjadi positif setelah selama ini dalam keadaan negatif.

"Bukan itu sahaja, kita juga telah berjaya meningkatkan baki Akaun Hasil Disatukan Negeri. Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada semua penjawat awam Negeri Perak," katanya.

Artikel Berkaitan: