Bicara kes gangguan seksual Ebit Lew sambung Februari depan

Ebit Lew ketika hadir di Mahkamah Majistret Tenom pada Khamis.
Ebit Lew ketika hadir di Mahkamah Majistret Tenom pada Khamis.
A
A
A

TENOM - Mahkamah Majistret Tenom menetapkan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bersambung pada 7 hingga 10 Februari tahun hadapan.

Mahkamah turut membenarkan ikat jamin terhadap Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim dilanjutkan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan tarikh itu selepas perbicaraan yang diadakan selama tiga hari bermula Selasa ditangguhkan pada Khamis.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom itu akan diadakan selama empat hari dan dijangka terdapat saksi baharu yang ditampilkan oleh pihak pendakwaan.

Pada perbicaraan kali ini, hanya tiga saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Hai Hung, 39.

Sebelum ini, perbicaraan Ebit telah berlangsung pada 27 hingga 30 September lalu di mana Firdaus adalah saksi terakhir sebelum prosiding ditangguhkan ketika itu.

Ebit diwakili barisan peguamnya iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut manakala, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: