Saksi tidak tahu pengadu hantar gambar lucah kepada Ebit Lew

Firdaus Wong
Firdaus Wong
A
A
A
TENOM - Pendakwah bebas, Firdaus Wong memberitahu mahkamah bahawa dia tidak diberitahu oleh pengadu ada menghantar gambar lucah kepada Ebit Lew.

Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Hai Hung, 39, yang merupakan saksi ketiga menjawab perkara itu dalam pemeriksaan balas peguam bela, Ram Singh pada sesi perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom pada Rabu.

Firdaus dalam pada itu turut memberitahu kepada mahkamah bahawa beliau tidak pasti bahawa gambar lucah itu dikeluarkan dari telefon bimbit pengadu.

Bagaimanapun, semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria meminta Firdaus menjelaskan apa maksud beliau ketika ditanya mengenai gambar lucah yang dihantar kepada Ebit.

Firdaus menjelaskan bahawa pengadu tidak pernah memberitahu kepadanya dan beliau tidak juga bertanya kepadanya selain itu adalah kali pertama dia melihat bahan bukti berkenaan.

Beliau pun tidak boleh pastikan bahawa gambar itu adalah gambar lucah pengadu atau orang lain.

Sementara itu, dalam prosiding sama, pihak pendakwaan menampilkan seorang lagi saksi iaitu Asisten Superintenden Polis (ASP) Siti Nooraini Mohd Sahid sebagai saksi keempat dalam perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit.

Ebit, 37, diwakili barisan peguamnya iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.
Artikel Berkaitan:


Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.