Kuala Lumpur destinasi pelancongan kedua popular di dunia

Menara berkembar Petronas terletak di Kuala Lumpur. - Foto 123RF
Menara berkembar Petronas terletak di Kuala Lumpur. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kuala Lumpur menduduki tempat kedua destinasi paling sohor buat pengembara antarabangsa bagi suku ketiga tahun ini, selepas Kuta, Indonesia.

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata, ia diikuti Itapema dan Angra dos Reis, Brazil; Bangkok, Thailand; Sydney, Australia; Singapura; Malaga; Sepanyol, Melbourne dan Bandar Pattaya, Thailand antara tersenarai sebagai 10 destinasi global paling sohor.

"Bagi pelancongan domestik, Ipoh meraih tempat teratas sebagai destinasi popular di Airbnb dalam kalangan rakyat Malaysia bagi tempoh sama diikuti Kuching, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Genting Highlands.

"Destinasi antarabangsa yang paling sohor dikunjungi rakyat Malaysia pula adalah Bangkok, Thailand; Paris, Perancis; Melbourne, Australia; Greater London, United Kingdom dan Seoul, Korea Selatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Amanpreet, pembukaan semula sempadan di lebih banyak negara pada tahun ini telah mencetuskan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengembara antarabangsa.

"Justeru, antara faktor Malaysia menjadi pilihan utama pengembara antarabangsa adalah dari segi penawaran pelbagai tawaran (promosi) luar biasa, alam semula jadi yang menakjubkan, kaya dengan budaya dan sajian yang lazat," ujarnya.

Amanpreet Bajaj
Amanpreet Bajaj

Beliau berkata, Airbnb turut mencipta cara baharu iaitu Kategori Airbnb untuk memudahkan pengembara mencari dan memilih tempat penginapan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Dengan lebih 300 juta paparan di seluruh dunia sejak pelancarannya pada bulan Mei lalu, mendapati lima Kategori Airbnb tertinggi di Malaysia mengikut pendapatan pada S3 2022 iaitu pemandangan hebat, bermain golf, kolam renang, tepi pantai dan tropikal," katanya.