[VIDEO] Sejam sekali pantau air, bimbang ikan sangkar mati

Rohaimi menunjukkan ikan-ikan mati akibat arus sungai deras.
Rohaimi menunjukkan ikan-ikan mati akibat arus sungai deras.
A
A
A

KUALA KRAI - Penternak ikan sangkar di Batu Lada di sini tidak lena memikirkan keadaan Sungai Kelantan yang mengalir deras pada musim tengkujuh ini yang boleh menyebabkan mereka menaggung kerugian besar.

Rohaimi Yusoff, 50, berkata, arus deras dari hulu itu mampu menyebabkan ikan peliharaannya jenis patin, baung dan lampam mati terhimpit atau terlepas kerana sangkar koyak.

Rohaimi (kiri) menunjukkan ikan-ikan yang dibimbangi mati akibat arus sungai deras.
Rohaimi (kiri) menunjukkan ikan-ikan yang dibimbangi mati akibat arus sungai deras.

“Sejam sekali, kami akan pantau air. Sebab itu sangkar ini, kami ikat rapat bahagian hujung pada pokok menggelakkan daripada bergoyang kerana arus deras,” katanya ketika ditemui di tebing Sungai Kelantan di sini pada Selasa.

Lokasi itu menempatkan 29 sangkar yang mengandungi lebih 50,000 ikan antaranya sedia untuk dijual kepada pelanggan termasuk peniga kedai makan sekitar daerah itu.

“Keadaan bah ketika ini berisiko apabila arus membawa sampah, kayu serta balak reput yang boleh melanggar sangkar hingga rosak.

“Kena lebih berjaga-jaga,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Rohaimi enggan sejarah menanggung kerugian lebih RM100,000 ketika banjir pada tahun lalu berulang.

Rohaimi (kiri) melihat ikan patin yang diternak di dalam sangkar di tepi Sungai Kelantan.
Rohaimi (kiri) melihat ikan patin yang diternak di dalam sangkar di tepi Sungai Kelantan.

Ketika itu, separuh daripada 200,000 ikan peliharaannya mati terhimpit kerana kelajuan arus sungai.

“Kerugian teruk itu berlaku pada tahun pertama saya mula menternak ikan. Kali ini, saya mengambil inisiatif menambah besi dan mengikat tali dengan lebih ketat pada sangkar.

“Saya juga mengikat buluh-buluh untuk dijadikan penghadang bagi mengelak kayu hanyut merempuh bahagian tepi sangkar,” katanya yang mempunyai tiga pekerja turut bermalam di atas rumah rakit di sangkar itu.

Ikan mati terpaksa dibuang ke sungai menyebabkan kerugian kepada penternak.
Ikan mati terpaksa dibuang ke sungai menyebabkan kerugian kepada penternak.

Penternak itu memberitahu setiap sekilogram ikan baung dijual dengan harga RM25, patin (RM12) dan lampam (RM15) manakala ikan keli (RM8) dan talapia (RM14) akan turut diternak selepas ini.