Dewan Perak bertafakur peringati mangsa tanah runtuh Batang Kali

Sidang Dewan Negeri Perak pada Rabu menzahirkan kesedihan dan simpati kepada mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor.
Sidang Dewan Negeri Perak pada Rabu menzahirkan kesedihan dan simpati kepada mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor.
A
A
A

IPOH - Persidangan Dewan Negeri Perak pada Rabu bertafakur selama seminit bagi menghormati dan memperingati mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor.

Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang menzahirkan kesedihan dan simpati meminta semua ahli Dewan beragama Islam membacakan Al-Fatihah dan bukan Islam bertafakur seketika.

"Ini satu tragedi luar jangka yang turut dirasai seluruh negara, semoga keluarga mangsa-mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

"Sehubungan itu izinkan saya menjemput ahli-ahli Yang Berhormat bangun. Bagi yang beragama Islam menghadiahkan Al-Fatihah dan yang bukan Islam bertafakur seketika," katanya.

Dewan Perak turut menzahirkan penghargaan kepada setiap anggota pasukan keselamatan dan petugas yang terlibat dalam menjayakan misi menyelamat mangsa.

Setakat malam tadi, tragedi tanah runtuh berkenaan telah meragut 25 nyawa manakala lapan lagi dilaporkan masih hilang.

Ketika ini proses mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi

Artikel Berkaitan: