Tanah runtuh: KPN ziarah Norazam di hospital

Acryl Sani (kiri) meluangkan masa melawat Norazam (kanan) yang diserang strok ringan di Hospital Selayang pada Isnin. Foto PDRM
Acryl Sani (kiri) meluangkan masa melawat Norazam (kanan) yang diserang strok ringan di Hospital Selayang pada Isnin. Foto PDRM
A
A
A

GOMBAK - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani meluangkan masa melawat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis di Hospital Selayang di sini pagi Selasa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, Norazam menerima kunjungan Acryl Sani bersama beberapa pegawai kanan PDRM selepas beliau diserang angin ahmar pada Isnin.

"Norazam dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6 petang semalam kerana mengalami angin ahmar ringan dan keletihan.

"Beliau telah terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak awal kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali di Hulu Selangor Jumaat lalu," menurut hantaran pada Selasa.

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan Norazam dikejarkan ke hospital Selayang selepas dipercayai diserang strok ringan dan angin ahmar kerana kepenatan.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan dalam keadaan baik dan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Selayang.

Sebelum itu, Norazam telah berada di lokasi tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di mana seramai 61 orang selamat, 24 orang mangsa telah disahkan mati, dan sembilan lagi masih hilang.

Usaha mencari dan menyelamat kesemua baki sembilan mangsa yang masuk hari kelima pada Selasa bagaimanapun terus menemui jalan buntu berikutan tiada petunjuk baharu ditemui setakat jam 11.30 pagi.

Artikel Berkaitan: