'Kami akan kembali' - Mbappe

Mbappe - Foto EPA
Mbappe - Foto EPA
A
A
A

PERANCIS melaungkan amaran akan kembali dengan lebih hebat selepas kekalahan 'kejam' kepada Argentina di perlawanan akhir Piala Dunia Qatar pada Ahad.

Pada perlawanan tersebut, Kylian Mbappe meledak hatrik untuk bangkit mengikat Argentina 3-3 selepas tamat masa tambahan dan mengheret lawan ke penentuan sepakan penalti.

Dia kemudian menyempurnakan penentuan penalti pertama sebelum dua rakannya, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menjaringkan penalti sekali gus memberikan La Abiceleste gelaran Piala Dunia ketiga mereka.

"Kami akan kembali," kata Mbappe ringkas di laman Instagramnya pada Selasa.

Dalam pada itu, bekas penyerang Perancis, Louis Saha memuji prestasi dan kualiti dimiliki Mbappe sepanjang Piala Dunia Qatar.

"Ia adalah satu pencapaian yang sukar dipercayai untuk seorang pemain muda sepertinya di peringkat itu.

"Semua orang cuba menghalangnya namun Mbappe berada di peringkat berbeza dan mampu menjaringkan tiga gol.

"Di bahunya diletakkan tanggungjawab di pentas besar seperti itu dan dia berjaya melakukannya. Dia telah menulis sejarah baharu dan akan terus melakukannya," katanya.

Artikel Berkaitan: