Jakim kerjasama dengan JAIN siasat ajaran Millah Abraham

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) berkaitan bagi menjalankan siasatan dan tindakan berhubung ajaran Millah Abraham.

Menerusi kenyataan kepada Sinar Harian, Jakim berkata, ajaran Millah Abraham telah difatwakan sebagai menyeleweng dan bertentangan oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) Kali Ke-109 pada 2016.

"Jakim mengambil maklum berkaitan paparan video tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang meminta Jabatan Agama Islam untuk menyiasat ajaran Millah Abraham," katanya pada Selasa.

Menurut Jakim, masyarakat Islam dinasihatkan agar menjauhi ajaran Millah Abraham dan dilarang berpegang serta beramal dengannya.

"Mana-mana orang Islam yang telah berbaiah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada ALLAH SWT," katanya.

Sebelum ini, seorang pelakon membuat pengakuan berani apabila mendedahkan dia merupakan salah seorang pengikut ajaran Millah Abraham.

Malah, pelakon lelaki tersebut meminta orang ramai melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JAIN.

Artikel Berkaitan: