'Messi belum mampu setanding Maradona' - Zanetti

Messi
Messi
A
A
A

KEJAYAAN Lionel Messi menjulang Piala Dunia di Qatar masih belum cukup untuk mengatasi pencapaian legenda Argentina, Diego Maradona.

Bekas pemain Argentina, Javier Zanetti berkata, walaupun persembahan di Qatar telah mengukuhkan kedudukan Messi sebagai pemain terbaik dalam sejarah, namun dia merasakan pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu masih belum dapat mengatasi Maradona sebagai pemain terbaik Argentina sepanjang zaman.

"Tidak, bukan untuk saya. Saya tidak suka (perbandingan) itu.

Kami harus bersyukur kerana dua pemain terhebat dalam sejarah adalah warga Argentina.

"Saya tidak fikir Messi telah berubah. Saya fikir dia lebih matang sekarang dan dia mampu memimpin pasukan sehingga muncul juara," katanya.

Messi membawa Argentina menjuarai Piala Dunia dan memastikan pasukan Amerika Selatan itu menamatkan kemarau 36 tahun dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Pemain berusia 35 tahun itu turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang berakhir seri 3-3 tamat masa tambahan dan Argentina mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 4-2 dalam penentuan penalti.

Menurut Zanetti, kemenangan itu lebih manis apabila perlawanan itu berlangsung cukup dramatik.

Artikel Berkaitan:

"Ia adalah satu emosi yang hebat diberikan oleh pemain kepada kami kerana kami telah menunggu untuk masa yang sangat lama.

"Saya rasa mereka berjaya mewujudkan impian jutaan peminat Argentina di seluruh dunia. Ia adalah perlawanan akhir yang hebat untuk kami," katanya.