'Pastikan Sungai Siput bebas ancaman jenayah'

Mohd Khaizam (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Rozeni sambil diperhatikan Razarudin.
Mohd Khaizam (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Rozeni sambil diperhatikan Razarudin.
A
A
A

IPOH - “Kita mahu pastikan Sungai Siput bebas daripada ancaman jenayah,”

Itu reaksi Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, 40 mengenai perancangannya setelah menerima tugas berkenaan daripada Superintendan Rozeni Ismail, hari ini.

Menurut Mohd Khaizam perancangannya itu meliputi kes-kes perjudian yang berlaku di sekitar daerah Sungai Siput.

“Kita akan pastikan Sungai Siput ini bebas daripada ancaman jenayah, bebas daripada kes-kes perjudian

“InsyaALLAH, kita akan teruskan apa yang telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah (KPD) sebelum ini,” katanya.

Mohd Khaizam berkata demikian sempena majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Sungai Siput antara beliau dan Superintendan Rozeni Ismail dengan disaksikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain di Dewan LDP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Sungai Siput, hari ini.

Turut berlangsung majlis serah terima tugas Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Sungai Siput antara Zaiton Mustapha dengan Noor Hanim Marbawi dengan disaksikan Pengerusi Perkep Kontinjen Perak, Datin Zainah Othman.

Difahamkan, Mohd Khaizam yang juga merupakan anak jati Kedah itu pernah berkhidmat sebagai Pegawai Turus D7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Mohd Khaizam berkata, orang awam khususnya penduduk di sekitar Sungai Siput juga diharapkan dapat tampil untuk menyalurkan maklumat-maklumat penting kepada polis demi membolehkan tindakan dibuat.

“Kita minta masyarakat di sini untuk tampil berikan maklumat kepada polis untuk bolehkan kita jalankan tugas,” katanya.