Kedah cadang tutup sementara kawasan perkhemahan berisiko

Mohd Firdaus
Mohd Firdaus
A
A
A
ALOR SETAR - Kawasan perkhemahan dan percutian yang berisiko tinggi di Kedah dicadangkan ditutup sementara waktu sepanjang musim tengkujuh ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata, Bahagian Pelancongan sedang mengutip data berkaitan jumlah kawasan perkhemahan dan percutian yang berisiko untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Exco pada Rabu ini.

"Saya akan kemukakan kertas cadangan ini kepada Exco untuk dapatkan keputusan Rabu ini dan insya-Allah akan diadakan PC (sidang media) untuk pemakluman selepas Mesyuarat Exco," katanya dalam kenyataan pada Ahad



Mohd Firdaus turut menasihatkan orang ramai supaya memilih lokasi percutian berisiko rendah yang lebih selamat sekiranya ingin bercuti bersama keluarga buat sementara waktu ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: