Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik ke Laut Timur

Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik ke Laut Timur pada Ahad.
Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik ke Laut Timur pada Ahad.
A
A
A

SEOUL - Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik ke Laut Timur pada Ahad, menurut Ketua Staf Bersama (JCS).

JCS memaklumkan pihaknya mengesan kehadiran peluru berpandu dari kawasan Tongchang-ri, Wilayah Pyongan Utara pada 11.13 pagi dan 12.05 tengah hari waktu tempatan.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan setakat ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

"Di samping memperkukuh aktiviti pemantauan dan pengawasan, tentera kami mengekalkan posisi siap siaga penuh dengan kerjasama erat bersama Amerika Syarikat," menurut JCS menerusi mesej teks yang dihantar kepada pemberita.

Pelancaran itu dilakukan sebulan selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua yang dianggap mampu mencapai Amerika Syarikat.

Pelancaran terbaharu itu dilihat sebagai reaksi Pyongyang terhadap keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu berhubung resolusi yang menyeru usaha global dalam memperbaiki keadaan hak asasi manusia di Korea Utara, kata pemerhati.

Korea Utara telah melancarkan lebih 60 peluru berpandu balistik pada tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: