1,138 kes baharu Covid-19 direkodkan

Sebanyak 1,138 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu termasuk dua kes import. Foto hiasan
Sebanyak 1,138 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu termasuk dua kes import. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,138 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu termasuk dua kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKM Now, sebanyak lapan kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan tiga daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,795 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 16,521 kes, dengan 15, 413 atau 93.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,052 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 56 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 1,420 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4, 962, 707 kes.

Artikel Berkaitan: