Akuarium gergasi pecah di Jerman

Akuarium AquaDom yang menempatkan 1,500 ekor ikan terletak di Berlin, Jerman. - AFP
Akuarium AquaDom yang menempatkan 1,500 ekor ikan terletak di Berlin, Jerman. - AFP
A
A
A

BERLIN - Sebuah akuarium gergasi mengandungi 1,500 ikan tropika dilaporkan pecah di Berlin pada Jumaat, sehingga membanjiri lobi hotel dan jalan raya berhampiran serta menyebabkan dua orang awam cedera.

Jurucakap polis berkata, pihaknya belum dapat mengetahui punca sebenar akuarium AquaDom setinggi 14 meter pecah pada jam 5.50 pagi (waktu tempatan).

"Hampir sejuta liter air dan semua ikan bergelimpangan di tingkat bawah kompleks hotel yang menempatkan akuarium tersebut," katanya.

Tambahnya, dua orang mengalami kecederaan ringan akibat serpihan kaca dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Manakala lebih 100 anggota kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membersihkan kaca dab serpihan lain yang bertaburan atas lantai.

AquaDom, sebuah akuarium silinder yang dibuka pada 2004 merupakan daya tarikan pelancong yang berkunjung di Berlin.

Ia terletak di ruang legar di hotel Radisson Blue dan mempunyai lif kaca yang digunakan pengunjung ke kompleks Sea Life.

Menurut laman web Sea Life, AquaDom adalah akuarium berbentuk silinder terbesar di dunia. - AFP

Artikel Berkaitan: