Kod Sukan Selamat kekal keutamaan KBS - Hannah

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Belia Juara ASEAN Seed Funding pada Majlis Ulang Tahun Komuniti Belia Selangor (SAY) ke-5 di sebuah hotel di Petaling Jaya. Turut hadir, Hannah (tiga dari kanan).
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Belia Juara ASEAN Seed Funding pada Majlis Ulang Tahun Komuniti Belia Selangor (SAY) ke-5 di sebuah hotel di Petaling Jaya. Turut hadir, Hannah (tiga dari kanan).
A
A
A

PELAKSANAAN Kod Sukan Selamat kepada semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) tetap menjadi keutamaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementerian sedang giat membuat penelitian supaya aspek keselamatan lain turut dititikberatkan.

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan aspek gangguan seksual dalam kod berkenaan.

“Saya sudah adakan perbincangan dengan pihak KBS mengenai Kod Sukan Selamat dan perkara ini bukan sahaja dari segi gangguan seksual tapi buli misalnya untuk memastikan tiada unsur keganasan dalam persekitaran industri sukan.

“Kami sedang meneliti di peringkat kementerian dan tak lama lagi kami akan adakan rundingan dengan pemegang taruh sebelum ia dilancarkan. Jadi kami jangkakan untuk percepatkan dan ia satu keutamaan untuk KBS," katanya pada Sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Tahun Selangor Youth Community (SAY).

Kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: