Tanah runtuh: Selangor gerak segala bantuan

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor telah menggerakkan segala bantuan buat seluruh mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau juga akan melawat lokasi kejadian bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini.

"Agensi kerajaan telah turun ke lokasi kejadian pagi tadi bagi mengkoordinasikan segala bantuan yang diperlukan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelarasan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan agensi-agensi berkaitan agar mangsa yang belum dikesan dapat dicari segera mungkin.

"Saya akan turun ke lokasi kejadian malam ini bersama Perdana Menteri dan mohon doa daripada seluruh rakyat agar pasukan mencari dan menyelamat dilindungi Allah SWT supaya setiap mangsa yang belum dikesan dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amirudin turut menzahirkan ucapan takziah terhadap kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada tiga kanak-kanak, tujuh wanita dan dua lagi mangsa lelaki.

Setakat ini, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Tempatan (KPKT) dalam ciapan Twitter terbaharu melaporkan16 maut, 17 masih terperangkap dan 17 lagi masih belum dijumpai.

Artikel Berkaitan: