Manchester City peroleh manfaat di Qatar 2022

Julian Alvarez
Julian Alvarez
A
A
A

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City memperolehi manfaat besar menerusi penganjuran Piala Dunia Qatar 2022, apabila menjadi penerima terbanyak daripada $27 juta pampasan dibayar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai pampasan dibayar kepada kelab EPL.

Untuk rekod, kelab yang melepaskan para pemain untuk Piala Dunia layak menerima bayaran daripada Program Faedah Kelab FIFA.

Wang dibayar kepada kelab adalah mengikut tempoh pemain di Qatar 2022, iaitu $10,000 sehari.

Ini bermakna kelab yang mempunyai seorang pemain dalam perlawanan akhir Piala Dunia atau penentuan tempat ketiga boleh menerima bayaran sekitar $370,000.

Bayaran juga boleh dibahagikan antara kelab bekas pemain, namun Manchester City mendahului senarai 20 kelab EPL.

Manchester City juga mempunyai 16 pemain bersaing di Piala Dunia Qatar 2022, lebih ramai daripada kelab EPL lain.

Selain penyerang Julian Alvarez, yang mara ke final bersama Argentina, City mempunyai beberapa pemain yang mara ke suku akhir, termasuk pemain England Kyle Walker, John Stones, Jack Grealish, Phil Foden dan Kalvin Phillips, pemain Portugal Ruben Dias, Joao Cancelo dan Bernardo Silva, serta Nathan Ake dan Ederson dari Belanda dan Brazil masing-masing.

City akan menerima pampasan kira-kira $4 juta, paling banyak daripada mana-mana kelab EPL.

Artikel Berkaitan:

Bournemouth, yang hanya mempunyai dua pemain di Qatar 2022 menerima paling sedikit apabila penglibatan Kieffer Moore dan Chris Mephams bersama Wales hanya sehingga peringkat kumpulan.

Pampasan Diterima Kelab EPL Untuk Piala Dunia Qatar 2022

Manchester City - $4 juta

Chelsea - $2.86 juta

Manchester United - $2.65 juta

Tottenham Hotspur - $2.4 juta

Liverpool - $1.8 juta

Arsenal - $1.57 juta

Wolves - $1.54 juta

Leicester City - $1.4 juta

Brighton - $1.35 juta

Fulham - $1.3 juta

Brentford - $1.1 juta

West Ham United - $1 juta

Newcastle United - $900,000

Aston Villa - $810,000

Everton - $690,000

Crystal Palace - $650,000

Leeds United - $620,000

Nottingham Forest - $480,000

Southampton - $420,000

Bournemouth - $270,000