Eksport nanas Johor cecah RM1 bilion

Zahari (tengah) melihat proses pembungkusan buah nanas sebelum menyempurnakan pelepasan eksport nanas MD2 ke Jerman di Ladang Nanas Kulim di Ulu Tiram, Johor Bahru, pada Khamis
Zahari (tengah) melihat proses pembungkusan buah nanas sebelum menyempurnakan pelepasan eksport nanas MD2 ke Jerman di Ladang Nanas Kulim di Ulu Tiram, Johor Bahru, pada Khamis
A
A
A
JOHOR BAHRU - Nilai eksport nanas dari Johor sejak awal tahun sehingga kini sudah mencecah RM1 bilion membabitkan pengeluaran sebanyak 217 tan metrik.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, jumlah itu melebihi nilai eksport pada tahun lalu iaitu kira-kira RM600 juta.

Beliau berkata, jumlah tersebut menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dan pihaknya menjangkakan peningkatan pengeluaran sehingga 450 metrik tan metrik nanas dalam tempoh lima tahun akan datang.

'Ini bagi mengembangkan potensi eksport nanas terutama ke negara Eropah. Sebagai permulaan, sebanyak 18 tan bersamaan 12,000 biji buah nanas mula dieksport ke Jerman bagi pasaran Eropah.

"Jerman minta kalau boleh sekurang-kurangnya 1,000 kontena seminggu, bagaimanapun kita faham sekiranya mengumpul pengeluaran nanas seluruh negara sekalipun, ia masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan itu.

"Maksudnya, Jerman sanggup beli berapa banyak yang kita ada untuk pasaran eropah," katanya ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan pelepasan eksport pertama nanas MD2 ke Jerman di Ladang Nanas Kulim di Ulu Tiram di sini pada Khamis.

Program anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) itu menyaksikan Kulim (M) Berhad menjadi syarikat pengedar ke Jerman sebelum dipasarkan ke beberapa ke lima negara di Eropah.

Beliau berharap eksport ke Jerman itu berjaya kerana akan membuka pasaran luas di Eropah dan boleh membuka ruang perniagaan baharu kepada para petani.

Katanya, sebelum ini, eksport nanas Johor berjaya menembusi pasaran ke China, Jepun, Qatar, Turki dan Korea Selatan.
Artikel Berkaitan: