CFO Huawei akhirnya dibenar ikat jamin

Lukisan ilustrasi menunjukkan Wanzhou (kiri) ketika bercakap dengan peguam David Martin di kamar mahkamah di Vancouver, British Columbia pada Isnin lalu.
Lukisan ilustrasi menunjukkan Wanzhou (kiri) ketika bercakap dengan peguam David Martin di kamar mahkamah di Vancouver, British Columbia pada Isnin lalu.
A
A
A

OTTAWA - KANADA. Sebuah mahkamah di Kanada, semalam membenarkan ikat jamin Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat Huawei, Meng Wanzhou yang ditahan di Vancouver di bawah waran tangkap dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Disember lalu hingga mencetuskan krisis diplomatik dengan China.

Keputusan Hakim William Ehrcke mengarahkan pembebasan anak pengasas firma telekomunikasi gergasi di Beijing dengan ikat jamin AS$7.5 juta (RM31.4 juta) itu turut mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Sebagai sebahagian daripada syarat ikat jamin itu, Wanzhou, 46, perlu memakai gelang kaki pemantauan elektronik dan berada di kediamannya dari jam 11 malam hingga 6 pagi.

Wanzhou juga perlu tinggal di Kanada dan ditemani pegawai keselamatan apabila meninggalkan kediamannya.

Hakim turut mengarahkan wanita terbabit untuk tampil semula di mahkamah pada 6 Februari depan.

Difahamkan, wang ikat jamin itu disediakan oleh lima rakannya yang menawarkan ekuiti di rumah mereka selain dana lain yang memberi jaminan wanita terbabit tidak akan melarikan diri. - AFP

Artikel Berkaitan: