Kereta terjunam sungai: Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas

Kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta ditemukan lemas di Jalan Sungai Korok, Jitra, di sini, pada Rabu.
Kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta ditemukan lemas di Jalan Sungai Korok, Jitra, di sini, pada Rabu.
A
A
A

JITRA - Kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta dinaiki bersama ibu bapanya yang terjatuh dalam sungai di Jalan Sungai Korok, Jitra, di sini, ditemukan lemas pada Rabu.

Mayat Muhammad Khairil Muhaimin Mohd Suhaimi, 12, ditemui pada jam 4.10 petang, manakala ibunya, Nurul Aqmar Zainol, 34, dan bapanya, Suhaimi Hassan, 36, terselamat.

Difahamkan, tiga sekeluarga itu menetap di Pokok Sena dan dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanjung Kapur menghala ke Pekan Jitra sebelum kereta dinaiki terjatuh dalam sungai terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mangsa yang berada dalam kereta di tempat duduk penumpang di bahagian belakang ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Mayat kanak-kanak lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut selepas berjaya dibawa naik.

"Ibu mangsa yang mengandung tujuh bulan dihantar ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut,manakala bapanya yang tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Katanya, sebelum itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.39 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan terdapat sebuah kereta terjatuh dalam sungai dan dua mangsa berada di tebing selepas berjaya keluar dari kereta terbabit.

Artikel Berkaitan: