UMNO perlu istiqamah, jangan risau, terus bangkit - Najib

Mohd Puad, Najib
Mohd Puad, Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpesan agar ahli UMNO sentiasa istiqamah, jangan risau dan bangkit semula daripada kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pesanan tersebut dikongsikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Facebooknya setelah berjumpa dengan Najib sebelum memulakan perbicaraan kes di mahkamah.

Tambah Mohd Puad, mereka sempat berbincang mengenai isu ekonomi dan semasa termasuk barisan kabinet Kerajaan Perpaduan yang baru ditubuhkan.

“Alhamdulillah dapat berbual lama dengan Bossku di mahkamah. Kebetulan kami berdua datang awal. Perbicaraan pula hanya bermula jam 10.15 pagi.

“Saya mulakan dengan bertanya khabar, are you ok? Bossku amat ceria dan bersemangat walaupun nampak susut sedikit. Dia tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit,” katanya pada Rabu.

Menurut Mohd Puad, meskipun Najib dimasukkan ke penjara, namun begitu ia tidak menjadi penghalang untuk beliau mengikuti perkembangan semasa melalui surat khabar.

“Dia dapat surat khabar sehari lewat. Bermakna dia dapat cerita yang sudah basi dua hari,” ujarnya.

Mohd Puad yakin bahawa Najib akan kembali dan meneruskan perjuangan murni kepada parti UMNO.

Artikel Berkaitan:

“Melihat gelagat saksi hari ini, amat wajar semakan kehakiman tahun hadapan di buat secara dalam talian,” ujarnya.