Sila log masuk terlebih dahulu.

Shahril Sufian tak bertanding PRN kerana masih ahli UMNO

A
A
A

BERITA SEMASA 2 MEI 2023

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan tegaskan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Menerusi siaran podcast 'KeluarSekejab', beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan statusnya yang masih ahli UMNO selain tidak mahu terburu-buru membuat sebarang penetapan.

Sementara itu, dalam siaran podcast yang sama, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menyatakan nisbah kemungkinan penyertaannya dalam PRN, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Sebagai rekod, Khairy berdepan tindakan pemecatan daripada UMNO selepas dikatakan melanggar undang-undang disiplin parti manakala Shahril digantung selama enam tahun.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa akan bersama parti itu manakala Khairy memberi respon tetapi tidak secara spesifik.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian