3 bekas Menteri Kesihatan duduk sepentas lakar sejarah baharu

Dr Subramaniam (dua dari kiri), Dr Dzulkefly dan Khairy Jamaluddin ketika forum berlangsung pada Pelancaran Hari Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC).
Dr Subramaniam (dua dari kiri), Dr Dzulkefly dan Khairy Jamaluddin ketika forum berlangsung pada Pelancaran Hari Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC).
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga bekas Menteri Kesihatan duduk sepentas bagi membincangkan isu kesihatan pada Pelancaran Hari Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC).

Forum dianjurkan Komuniti Kanser Kebangsaan dan Penyakit Tidak berjangkit (NCD) Malaysia itu menampilkan Tan Sri Dr Subramaniam Sathasivam, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut ciapan Dr Dzulkefly, beliau meluahkan rasa seronok apabila dapat mendengar pendapat dan juga meluahkan pandangan dalam forum yang dianggap bersejarah itu.

“Ya, seronok mendengar dan bercakap setiap saat dalam forum bersejarah yang menggabungkan tiga bekas Menteri Kesihatan di Malaysia.

“Ini adalah satu landskap politik baharu Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam hantaran di Twitternya pada Selasa jam 8.17 malam.

Turut membuat hantaran di Twitter, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa penjagaan kesihatan merupakan satu politik, namun begitu ia tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

Beliau turut menyatakan bahawa ketiga-tiga bekas Menteri Kesihatan tersebut menyokong Menteri Kesihatan yang terkini, Dr Zaliha Mustafa dalam meneruskan pembaharuan yang diperlukan.

Artikel Berkaitan: