Lelaki rugi AS30,000 disamun ketika tukar wang

Anggota polis sedang menyiasat sebuah kereta yang ditinggalkan suspek di lokasi kejadian.
Anggota polis sedang menyiasat sebuah kereta yang ditinggalkan suspek di lokasi kejadian.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki yang ingin membuat urusan pertukaran wang asing mengalami kerugian dolar Amerika Syarikat (AS) 30,000 selepas disamun seorang lelaki warga Lubnan di hadapan sebuah restoran di Ampang Poin pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, pengadu bersama rakannya menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh suspek.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek telah turun dari kereta untuk tujuan perbincangan penukaran wang, setelah persetujuan mangsa mengeluarkan wang sebanyak dolar AS 30,000 daripada beg sandang sambil diperhatikan oleh suspek.

"Sebaik bungkusan berisi wang dikeluarkan, suspek bertindak merampas wang tersebut lalu membawa lari menuju ke sebuah kereta lain disyaki jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki yang menunggu berhampiran tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamad Farouk berkata, suspek juga telah meninggalkan sejumlah wang ringgit Malaysia disyaki palsu.

"Siasatan awal mendapati pengadu berjumpa dengan suspek atas urusan hendak menukarkan wang dolar AS dengan wang ringgit Malaysia sebanyak RM150,000, mangsa akan mendapat keuntungan sebanyak RM15,000 hasil dari pertukaran wang tersebut," jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 489C Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: