MCMC keluar 112 kompaun bernilai RM4.6 juta

MCMC mengeluarkan 112 kompaun bernilai kira-kira RM4.6 juta sepanjang tahun 2022.
MCMC mengeluarkan 112 kompaun bernilai kira-kira RM4.6 juta sepanjang tahun 2022.
A
A
A

PETALING JAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan sebanyak 112 kompaun bernilai kira-kira RM4.6 juta sepanjang tahun 2022 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta tersebut.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah tersebut, 106 kompaun telah dikeluarkan terhadap pemegang lesen MCMC.

“53 kompaun kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik; 27 kompaun (Pemberian Perkhidmatan Sejagat); 17 kompaun kegagalan mematuhi standard mandatori; lima kompaun kegagalan mematuhi syarat-syarat lessen; dua kompaun bagi kesalahan kegagalan mematuhi Guidelines on Registration of End-Users of Prepaid Public Cellular Services dan dua kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 126 AKM 1998 iaitu menawarkan perkhidmatan tanpa lessen,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak MCMC turut mengeluarkan enam kompaun terhadap pihak bukan pemegang lesen iaitu lima kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan satu kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 235 AKM 1998 iaitu menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian.

“Tindakan yang telah diambil ini bertujuan untuk memastikan semua pihak khususnya pemegang lesen agar lebih bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada pengguna,” katanya.

Artikel Berkaitan: