Gesa 'bunuh' PM, ahli Parlimen pembangkang India ditahan

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

MOSCOW - Seorang ahli Parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India (INC) di negeri Madhya Pradesh, Raja Pateria, ditahan pada Selasa susulan gesaannya supaya Perdana Menteri Narendra Modi dibunuh, lapor media tempatan.

Video ucapan Pateria kepada ahli parti tersebar di media sosial pada Isnin.

Beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata mendorong sekumpulan orang untuk "bersedia membunuh" Modi untuk "menyelamatkan" perlembagaan.

Berikutan kenyataan itu, kerajaan Madhya Pradesh mengarahkan polis memfailkan tuduhan terhadap Pateria, lapor Sputnik, memetik laporan penyiar India NDTV.

Menurut ahli Parlimen pembangkang itu, perkataan "membunuh" dalam ucapannya itu bermaksud "mengalahkan" dan beliau adalah pengikut ideologi Mahatma Gandhi yang menolak keganasan, dan baginya mengalahkan Modi dalam pilihan raya perlu untuk melindungi hak minoriti seperti yang dipetik dalam laporan itu.

INC, bagi pihaknya, mengecam kenyataan "tercela" Pateria itu, sambil menekankan perkataan sedemikian tidak wajar diucapkan terhadap sesiapa pun, termasuk Perdana Menteri. - Bernama

Artikel Berkaitan: