Pahang rintis teknologi retort pek makanan awal mangsa banjir

Guna teknologi retort

Muhammad Razmee (dua dari kanan) menunjukkan pek makanan awal mangsa banjir yang menggunakan teknologi retort di Pahang kepada Armizan (kiri) ketika melawat PPS SMK Seri Semantan pada Selasa
Muhammad Razmee (dua dari kanan) menunjukkan pek makanan awal mangsa banjir yang menggunakan teknologi retort di Pahang kepada Armizan (kiri) ketika melawat PPS SMK Seri Semantan pada Selasa
A
A
A

TEMERLOH - Pahang menjadi perintis apabila menawarkan pek makanan awal sedia dimakan kepada mangsa banjir di negeri ini dengan menggunakan teknologi retort atau penstrilan untuk menjaga kebajikan mangsa terjejas akibat bencana tersebut.

Di Temerloh, pek yang mengandungi nasi dan lauk itu telah diagihkan kepada semua mangsa banjir berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) sebelum makanan seterusnya disediakan oleh pihak katerer terlibat.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Temerloh, Muhammad Razmee Abd Razak memberitahu, pek seberat 400 gram itu mudah disediakan dan menjimatkan masa serta dapat bertahan lama hingga dua tahun.

"Setakat ini, pek yang mengandungi nasi dan lauk ayam masak merah itu menggunakan teknologi retort dengan mengambil masa hingga lima minit untuk disediakan sebelum boleh dimakan.

"Ia adalah usaha kerajaan negeri untuk kebajikan mangsa dan setakat ini sebanyak 2,000 pek makanan telah diagihkan ke pangkalan hadapan di daerah Temerloh dan tambahan 4,000 lagi pek," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Sabah,Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan pada Selasa.

Dalam pada itu, Razmee berkata, demonstrasi penyediaan menggunakan pek ini kepada mangsa banjir turut dilakukan di PPS terbabit dan menerima maklum balas positif daripada mangsa terhadap pek makanan awal tersebut.

Tambahnya, pek makanan tersebut juga diagihkan kepada petugas-petugas banjir di kawasan zon merah.

Artikel Berkaitan: