Jalan 'bonggol' Unisel ditutup sementara

Garisan kuning dipasang sebagai tanda amaran pengguna memperlahankan kenderaan.
Garisan kuning dipasang sebagai tanda amaran pengguna memperlahankan kenderaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jalan ke Persiaran Tun Arsyad Ayub berhadapan Universiti Selangor (Unisel) Kampus Shah Alam telah ditutup sementara sebagai langkah keselamatan selepas tular video beberapa kereta melambung ketika melanggar bonggol di kawasan itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad berkata, kenderaan yang menggunakan laluan di Jalan Persiaran Tun Arshad Ayub ke Persiaran Kayangan akan dilencongkan sementara di jalan berhampiran.

Menurutnya, MBSA akan mengkaji semula aspek spesifikasi pemasangan bonggol atau lintasan penjalan kaki di lokasi tersebut.

"Lintasan pejalan kaki berhadapan Unisel Kampus Shah Alam itu dipasang supaya kenderaan yang melalui laluan tersebut dapat memperlahankan kenderaan.

"Ini kerana lokasi tersebut sering berlaku kemalangan dan terdapat perhentian bas di kawasan tersebut, " katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenderaan dilencongkan ke jalan berhampiran susulan penutupan jalan ke Persiaran Tun Arsyad Ayub.
Kenderaan dilencongkan ke jalan berhampiran susulan penutupan jalan ke Persiaran Tun Arsyad Ayub.

Shahrin berkata, papan tanda pemandu memperlahankan kenderaan dan cat garisan kuning telah dipasang sebagai langkah keselamatan dan peringatan kepada pengguna.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan beberapa pemandu kenderaan nyaris hilang kawalan selepas melalui bonggol di laluan utama berhampiran Unisel di Seksyen 7 di sini pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan:

Video klip dikongsi di laman Twitter itu memaparkan kenderaan terbabit melambung selepas melanggar bonggol berkenaan.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut dirakam selamat ‘mendarat’ tanpa terbabas serta tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain.