Tular video abang sado baju merah buat hal

Video tular seorang lelaki berbadan tegap memarahi dan menepuk kepala seorang gadis di dalam sebuah kereta dipercayai ekoran kesalahan jalan raya yang dimuat naik di media sosial Twitter.
Video tular seorang lelaki berbadan tegap memarahi dan menepuk kepala seorang gadis di dalam sebuah kereta dipercayai ekoran kesalahan jalan raya yang dimuat naik di media sosial Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular satu video di laman sosial Twitter memaparkan seorang lelaki berbadan tegap keluar dari kereta dan mengugut seorang gadis bersama dua lagi individu dipercayai ahli keluarga mangsa.

Lelaki memakai baju berwarna merah kelihatan sangat marah menuju ke kereta mangsa, seterusnya memaki hamun dan dipercayai telah bertindak menepuk kepala mangsa kerana berani menjawab.

Video itu telah dimuat naik oleh Dr Maslin Sis dengan meletakkan tajuk 'Walaun Sado Buat Hal' dipercayai berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan lelaki terbabit bertindak mengetuk cermin kereta seorang gadis sebelum memarahi mangsa dengan mengeluarkan kata-kata ugutan.

Lelaki berbadan sado itu mengatakan kepada mangsa supaya tidak bermain-main dengan nyawa orang.

"Kau jangan nak main-main dengan nyawa orang,

"Kalau aku sepak (tampar) dekat sini, dengan dekat sebelah kau (menunjuk ke arah seorang lagi penumpang di kerusi belakang) aku sepak sekejap lagi," kata lelaki terbabit.

Namun gadis terbabit menjawab dengan menyatakan dia tidak memotong di garisan berkembar tetapi memotong di garisan putus-putus.

Ekoran jawapan diberikan oleh mangsa, lelaki terbabit menjadi semakin berang.

"Kau jangan hendak menjawab dengan aku ehhh. Kau main nyawa orang tau (sambil menepuk kepala mangsa). Kau lagi nak tinggi suara dengan aku.

"Kau hendak kenal aku siapa? Kau nak kenal aku tak? Kau nampak ni, pecah muka kau sekejap lagi," katanya dengan berang.

Sambil menahan tangisan, mangsa memohon maaf dan suspek kemudiannya meninggalkan mangsa menuju ke keretanya semula.