659 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd Rosman Abdullah (dua dari kiri) meninjau keadaan mangsa banjir terjejas yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal di daerah Kuala Nerus, Terengganu.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd Rosman Abdullah (dua dari kiri) meninjau keadaan mangsa banjir terjejas yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal di daerah Kuala Nerus, Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di pindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu meningkat kepada 659 orang pada pagi Isnin berbanding rekod seramai 545 mangsa setakat jam 6 petang Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sehingga jam 8 pagi ini, kesemua mangsa dari 168 buah keluarga itu ditempatkan di 11 buah PPS membabitkan lima daerah terjejas banjir.

Menurut kenyataan tersebut, daerah Kemaman merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 305 mangsa dipindahkan di empat buah PPS.

Antara PPS dibuka di daerah berkenaan ialah di Dewan Abd Rahman Limbong (255 mangsa), Balai Raya Padang Kemunting (23), Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh (14) dan SK Kemasik (13).

Daerah Kuala Nerus pula merekodkan seramai 216 mangsa banjir yang ditempatkan di dua buah PPS iaitu di SK Tok Jembal (138) dan SK Bukit Nanas (78).

Sementara itu, seramai 92 mangsa banjir ditempatkan di dua buah PPS di daerah Kuala Terengganu iaitu di SK Atas Tol (82) dan SK Chendering (10).

Daerah Dungun menjadi kawasan baharu dilanda banjir apabila dua buah PPS mula dibuka di daerah berkenaan sejak malam Ahad.

Seramai 42 mangsa banjir di daerah terbabit ditempatkan di SK Tok Kah (24) dan Dewan Sivik Seberang Pintasan (18) manakala daerah Setiu merekokan empat mangsa banjir dipindahkan di sebuah PPS iaitu di Balai Raya Kampung Merang.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu memberitahu, setakat ini berlaku hujan di beberapa daerah di Terengganu dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.