Isteri Pesuruhjaya Pas Johor meninggal dunia

Allahyarham Habibah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Ahad.
Allahyarham Habibah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Isteri kepada Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin iaitu Habibah Hussin, 53, meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Ahad.

Menurut anak ketiganya, Mujahadah, 29, ibunya meninggal dunia pada jam 7.47 pagi di HSA.

"Ibu saya yang menghidap kencing manis sebelum itu dimasukkan ke HSA dan mengalami komplikasi," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Jenazah ibu kepada lima anak itu dibawa ke Taman Mohd Yassin, Simpang Renggam, Kluang sebelum disolatkan di Masjid Jamek Simpang Renggam dan dikebumikan selepas Asar.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni berkata, seluruh ahli Pas Johor merakamkan takziah kepada Abdullah, 61, dan ahli keluarganya.

"Kami mendoakan semoga Tuan Guru Pesuruhjaya Pas Johor sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Semoga ALLAH mengurniakan keteguhan hati dan istiqamah kepada semua," katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan: