Pempengaruh media sosial ugut sebar video intim bekas kekasih

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GOMBAK - Seorang pempengaruh media sosial diberkas gara-gara mengugut mahu menyebarkan video intim bekas kekasihnya pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan polis dibuat seorang wanita pada 7 Disember lalu, kira-kira jam 5.40 petang berkaitan kejadian.

Menurutnya, mangsa berumur 21 tahun itu mendakwa menerima ugutan daripada bekas teman lelakinya yang berumur 22 tahun sejak tahun 2020.

Siasatan dijalankan mendapati pada 19 Oktober lalu kira-kira jam 3.30 petang, suspek menghantar pesanan menerusi WhatsApp mengajak mangsa keluar pada jam 11 malam.

"Bagaimanapun, mangsa menolak ajakan suspek itu dan kemudiannya mengugut mahu menyebarkan video mangsa bersamanya melakukan hubungan terlarang di sosial media," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, ugutan suspek mengakibatkan mangsa takut dan tertekan.

"Siasatan membawa kepada penangkapan suspek pada Jumaat dan lelaki terbabit direman empat hari bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: