Lelaki tikam bekas kekasih 16 kali, pukul kepala hingga mati

Orang ramai yang melalui kawasan kejiranan Rohini di New Delhi gagal membantu mangsa ketika diserang bekas teman lelakinya. - Foto Agensi
Orang ramai yang melalui kawasan kejiranan Rohini di New Delhi gagal membantu mangsa ketika diserang bekas teman lelakinya. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Gara-gara berang hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki di India tergamak menikam dan memukul bekas kekasihnya dengan kepingan konkrit dalam kejadian menggemparkan pada akhir minggu lalu.

Suspek berusia 20 tahun itu telah ditahan di Uttar Pradesh pada Isnin selepas dia melakukan pembunuhan kejam ke atas mangsa berumur 16 tahun di kawasan kejiranan Rohini di ibu kota.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki dikenali sebagai Sahil itu menikam mangsa sebanyak 16 kali sebelum menghempuk kepala gadis itu setelah kedua-duanya terlibat dalam pertengkaran.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian juga tidak cuba untuk membantu mangsa dikenali sebagai Sakshi ketika dia diserang tanpa belas kasihan oleh bekas teman lelakinya.

Polis menyifatkan ia sebagai ‘jenayah berunsur keghairahan’ berikutan pasangan berkenaan dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2021.

Siasatan awal mendapati Sahil ada mengugut untuk membunuh mangsa beberapa hari sebelum kejadian tersebut. - Agensi