Sungai Lipis melepasi paras bahaya

Gambar hiasan. - Foto: 123RF
Gambar hiasan. - Foto: 123RF
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak sembilan sungai utama di Pahang merekodkan bacaan melebihi paras bahaya, amaran dan waspada.

Ia berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang dikemas kini sehingga jam 6.45 pagi Ahad.

Kenaikan paras air sungai itu berlaku disebabkan hujan lebat berserta angin yang berterusan sejak malam Sabtu hingga pagi Ahad.

Menurut laman web terbabit, Sungai Lipis di Batu Malim, Raub berada paras melebihi bahaya iaitu 115.25 meter (m) berbandimg 114.0 m pada Sabtu.

Bagaimanapun paras air sungai itu menunjukkan trend penurunan pada jam 6 pagi Ahad.

Tiga sungai iaitu Sungai Serting, Bera dan Sungai Luit dan Sungai Pahang di daerah Maran pula merekod paras amaran.

Paras air di Sungai Serting berlaku kenaikan sebanyak 31.26 m, manakala Sungai Luit melebih 0.27 m menyebabkan bacaan rekod sebanyak 27.75 m dan Sungai Pahang pula (18.36 m).

Lima lagi Sungai di Pahang merekod bacaan waspada iaitu Sungai Kuala Medang, Lipis; Sungai Batu Malim, Raub, Sungai Dong dan Sungai Lepar.

Artikel Berkaitan:

Sungai Kuala Medang merekod bacaan sebanyak 83.14 m melebihi tahap waspada sebanyak 0.64 m dalam keadaan trend menaik.

Sungai Batu Malim pula114.16m dan Sungai Dong (134.24 m) dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan direkodkan 28.56m dan tiada perubahan setakat jam 6 pagi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai utama di seluruh Pahang perlu terus berwaspada susulan paras air di beberapa lembangan, sublembangan dan stesen di laporkan berada pada paras bahaya amaran serta waspada.

Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir di Pahang, sebanyak lima daerah terlibat iaitu Temerloh, Jerantut, Lipis, Bera dan Raub.

Sebanyak lapan pusat pemindahan banjir dibuka membabitkan lima daerah melibatkan seramai 537 mangsa.