17 agensi media sertai kejohanan boling DRB-Hicom

Antara peserta yang menyertai Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama media.
Antara peserta yang menyertai Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama media.
A
A
A

SEBANYAK 32 pasukan daripada 17 agensi media tempatan menyertai Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama media di Wangsa Bowl, pusat beli-belah One Utama pada Sabtu.

Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom, Mahmood Razak Bahman berkata, acara tahunan itu bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan syarikat berkenaan kepada umum.

"Lazimnya, acara tahunan ini diadakan di sekitar Lembah Klang, tetapi insya-ALLAH tahun hadapan kita akan anjurkan di bandar lain agar media di negeri terlibat dapat menyertainya.

"Saya juga gembira melihat beberapa agensi baharu menyertai tahun ini seperti Sinar Harian, Makkal Osai serta NYSP, dan berharap di masa akan datang akan lebih ramai yang sertai," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Sinar Harian menghantar penyertaan menerusi dua pasukan yang diwakili antaranya Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Zamri Rambli.

Sementara itu Harian Metro menerusi pasukan Metro Rangers muncul juara pada kejohanan tersebut dengan catatan 1,565 jatuhan pin diikuti Bernama Perpaduan A (1,564 pin) dan Bernama Perpaduan B (1,531 pin).

Metro Rangers membawa pulang hadiah berupa baucar bernilai RM2,000 serta kad hadiah Petronas berjumlah RM400, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima baucar RM1,600 dan RM1,200,

Selain hadiah utama dan saguhati, kejohanan itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan balingan strike tertinggi kategori lelaki dan wanita.

Artikel Berkaitan:

Kategori berkenaan dimenangi Shah Iqbal dari Metro Rangers dengan 12 strike manakala Idahan, juga dari pasukan sama mengungguli kategori wanita (enam strikes).