10 pelanggan MR. TOY teruja beli-belah percuma selama 60 saat

Alex (enam dari kiri) bersama 10 pelanggan bertuah yang membeli-belah selama 60 saat di MR. TOY Melawati Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Alex (enam dari kiri) bersama 10 pelanggan bertuah yang membeli-belah selama 60 saat di MR. TOY Melawati Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 10 pelanggan bertuah peraduan ‘Beli-Belah Percuma selama 60 Saat MR. TOY’ menyertai aktiviti membeli-belah percuma selama 60 saat di MR. TOY, dengan jumlah terkumpul bernilai RM10,000, baru-baru ini.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, aktiviti itu diadakan di premis MR. TOY di Melawati Mall, Kuala Lumpur dalam suasana yang meriah.

“Para peserta berlumba memenuhkan troli masing-masing untuk memaksimumkan nilai pembelian mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, 10 peserta yang terlibat ialah Dahlia Mohamad Ramli, Siti Aisyah Muhamad Raslee, Nur Alyaa Aqilah Azlan, Wan Hafizin Jamil Wan Hamzah, Haikal Ambri Rosle, dan Wan Noor Hazlinda Abdul Halim dari Selangor.

Peserta lain ialah Hafizudin Abd Halim dan Nurkamilah Hamzah dari Negeri Sembilan dan Cheok Lay Sze dan Teh Nurulaina Mohd Noor dari Kuala Lumpur.

“Untuk menyertai aktiviti ini, para pelanggan MR. TOY perlu berbelanja sebanyak RM50 dalam satu resit,” kata Alex.

Sejak pembukaan premis pertamanya pada tahun 2019, MR. TOY telah berkembang menjadi rangkaian runcit mainan kegemaran rakyat Malaysia, dengan 54 cawangan di seluruh negara dan sebanyak 7,000 mainan yang ditawarkan telah mendapat pengesahan oleh Piawaian Keselamatan Mainan Kesatuan Eropah (EN71).

MR TOY juga telah melancarkan siri video yang menampilkan Sofia, seorang kanak-kanak berumur enam tahun, sebagai 'Ketua Pegawai Hiburan' (CEO) dan Aiden, seorang kanak-kanak berumur lima tahun, sebagai 'Bos Kecil’.

Siri itu memperlihatkan kanak-kanak menikmati pelbagai jenis mainan berkualiti tinggi dari MR. TOY dengan cara yang selamat dan menyeronokkan.