Raja Muda Selangor rasmi pusat beli-belah Datum Jelatek

Tengku Amir Shah berkenan melancarkan pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Tengku Amir Shah berkenan melancarkan pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek di sini pada Sabtu.

Pusat beli-belah itu merupakan sebahagian daripada pembangunan keseluruhan Datum Jelatek yang dibangunkan Datumcorp International Sdn Bhd (DCI) iaitu anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Tengku Amir Shah berangkat tiba pada perasmian pusat beli-belah Datuk Jelatek.- FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Tengku Amir Shah berangkat tiba pada perasmian pusat beli-belah Datuk Jelatek.- FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Baginda tiba pada jam 11 pagi diiringi Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNS, Datuk Mahmud Abbas dan CEO DCI, Mohd Azmil Abd Shukor.

Mohd Azmil berkata, pusat beli-belah berkeluasan lebih 500,000 kaki persegi itu dihubungkan terus ke stesen transit aliran ringan (LRT) Jelatek dan empat blok kediaman Datum Jelatek Residence.

Menurutnya, sebanyak 70 peratus ruang niaga telah dipenuhi dan dijangka mencapai sasaran 95 peratus menjelang suku tahun keempat 2023.

Tengku Amir Shah berkenan menurunkan tandatangan pada plak simbolik pelancaran pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Tengku Amir Shah berkenan menurunkan tandatangan pada plak simbolik pelancaran pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.

"Kami yakin pembukaan pusat beli-belah ini mampu melonjakkan penjualan unit kediaman Datum Jelatek.

Artikel Berkaitan:

"Kami percaya ia mampu membantu merancakkan kitaran ekonomi negeri dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, " katanya pada majlis pelancaran pusat beli-belah itu di sini pada Sabtu.

Antara rangkaian perniagaan yang telah dibuka di dalam pusat beli-belah itu adalah The Food Merchant, Healthlane Pharmacy, Guardian, Burger King, KFC, Starbucks, Tealive dan Krispy Kreme.

Mengulas lanjut beliau berkata, Datum Jelatek adalah projek sulung DCI dimulakan pada 2014 dan berjaya disiapkan pada 2021 pembangunan berorientasi transit (TOD).

"Ia merangkumi empat blok kediaman membabitkan 712 unit yang dihubungkan dengan jejantas udara (sky bridge).

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk pandemik Covid-19 yang memaksa pembangunan ini dihentikan seketika namun komitmen kakitangan serta sokongan kerajaan Selangor membolehkan projek yang menjadi mercu tanda ikonik Lembah Klang ini disiapkan," katanya.

Tengku Amir Shah berkenan merasmikan pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Tengku Amir Shah berkenan merasmikan pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Katanya, pihaknya dalam perancangan membina sebuah pusat perubatan di Seksyen 13 Shah Alam berhampiran projek perumahan DCI pada tahun hadapan.

Jelasnya projek berkenaan masih di peringkat perbincangan dengan PKNS dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.