Seleweng diesel subsidi di sebalik premis tidak bernombor

Premis yang dipercayai terlibat kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di Jalan Sungai Lalang, Semenyih diserbu pada Rabu.
Premis yang dipercayai terlibat kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di Jalan Sungai Lalang, Semenyih diserbu pada Rabu.
A
A
A

SEMENYIH - Lima lelaki diberkas dan minyak diesel subsidi bernilai lebih RM70,000 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Sungai Lalang di sini pada Rabu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Daerah Kajang, Ruhaizad Zahari berkata, kegiatan lima individu dipercayai terlibat penyelewengan diesel itu dibongkar pihak polis pada jam 3.35 petang sebelum kes diserahkan kepada pihaknya.

Menurutnya, pemeriksaan di premis tidak bernombor itu menemui sebuah lori tangki dan lapan daripada 15 tangki IBC (intermediate bulk container) ditemui disyaki mengandungi minyak diesel bersubsidi.

"Cecair disyaki diesel berjumlah 36,650 liter dan bernilai RM76,648 itu telah dirampas untuk tindakan lanjut.

"Kesemua warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 47 tahun yang ditahan gagal mengemukakan apa-apa dokumen atau kebenaran dari Pengawal Bekalan bagi menyimpan serta berurus niaga barang kawalan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Lapan daripada 15 tangki IBC (intermediate bulk container) ditemui disyaki mengandungi minyak diesel bersubsidi.
Lapan daripada 15 tangki IBC (intermediate bulk container) ditemui disyaki mengandungi minyak diesel bersubsidi.

Beliau berkata, antara barang lain yang dirampas adalah pam penyedut minyak, alat meter digital penyukat minyak selain wang tunai sebanyak RM10,000.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:

"KPDN Kajang dalam tindakan menyiasat kes serahan PDRM ini di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan potensi kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," tegasnya.