KPLB kini dikenali KKDW

Ahmad Zahid - Foto Bernama
Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Nama kementerian itu dalam bahasa Inggeris pula ialah Ministry Of Rural and Regional Development.

Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, visi, misi dan juga fungsi kementerian itu masih kekal iaitu melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan bukan sahaja infrastruktur malah sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.

"KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan dalam meneruskan dan merealisasikan agenda serta program teras di bawah kementerian ini bagi memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosioekonomi seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memulakan tugas sebagai Menteri KKDW sejak Isnin lalu.

Artikel Berkaitan: