Warna baru HUAWEI Mate50 Pro lebih menyerlah ditambah pula Google Apps

A
A
A

No Image Caption



Pengeluar syarikat telefon pintar terkemuka, HUAWEI terus menerokai keperluan teknologi tinggi dalam penghasilan telefon mereka.

Ia dapat dibukti dengan sambutan hebat terhadap Siri HUAWEI Mate50 yang menjadi pilihan pengguna meskipun telah dijual lebih daripada sebulan.

No Image Caption

Siri HUAWEI Mate50 Pro edisi kaca Kunlun dengan warna oren vegan telah kehabisan stok pada hari pertama jualan.

Sambutan luar biasa ini diikuti permintaan orang ramai agar HUAWEI membawa masuk versi lain kaca Kunlun dan HUAWEI menunaikan hasrat mereka dengan keluaran baharu edisi kaca kunlun iaitu warna hitam karbon dan perak.

Apa yang menarik kaca Kunlun?

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Telefon pintar pertama yang pernah menerima pensijilan 5 bintang SGS dari Switzerland untuk perlindungan titisan kaca ialah HUAWEI Mate50 Pro dengan kaca Kunlun.

Untuk mencipta skrin telefon pintar yang optimum, HUAWEI telah bekerjasama dengan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaca. Selepas 4 tahun penyelidikan, syarikat berjaya dalam pembuatan kaca asas dengan menambah oksida logam tertentu, seperti nanokristal, nanohablur suhu tinggi dalam tempoh 24 jam, pemprosesan bahan matriks mikro-habluran 108 langkah, dan 1600 darjah celsius peleburan teknologi platinum.

No Image Caption

Berikutan proses haba suhu tinggi, hablur benih matriks kaca akan membesar ke skala nanometer dengan sangat pekat dan menggabungkan kristal ke dalam kaca. Hasilnya, jurutera HUAWEI telah mencipta penyelesaian kepada isu industri telefon dimana ketidakupayaan seramik kaca untuk memadankan kekuatan dan optik mereka.

Sepuluh kuadrilion tahap nanokristal digunakan dalam salutan kaca Kunlun untuk meningkatkan keliatan kaca dengan ketara. Prosedur akan menjamin kristal itu cukup kecil dalam struktur padat bersaiz besar dengan ketumpatan tinggi. Bagaimanapun, ia mesti digabungkan dengan kaca untuk mengelakkan cahaya daripada membias, yang akan menjejaskan keupayaan peranti untuk menghantar cahaya. Risiko kerosakan telefon jatuh akan berkurangan 10 kali ganda dengan kaca Kunlun.

Aplikasi Google kini tersedia dalam telefon dan tablet HUAWEI

No Image Caption



Jika sebelum ini ramai yang merungut peranti HUAWEI tidak mempunyai Google Apps menyebabkan kesukaran pengguna untuk memuat naik apps pilihan mereka.

Namun, kini tidak lagi menjadi kebimbangan kerana anda sudah boleh mengakses aplikasi berkaitan Google seperti Google Maps, Google Meet, Google Drive dan Youtube.

No Image Caption



Anda perlu log masuk ke akaun Google dengan pergi ke tetapan telefon, kemudian ke aplikasi, seterusnya tekan butang tetapan di penjuru kanan sebelah atas dan menambah akaun anda. Selepas itu log masuk ke akaun Google tambahan anda.

Berikut aplikasi terbaharu yang boleh didapati:

No Image Caption

Antara peranti yang boleh mengakses aplikasi Google ialah Siri HUAWEI Mate50, Mate Xs2, nova10, nova10Pro, nova10SE, nova Y90, nova Y70, nova 9, nova 9SE, nova8i, P50, P50Pro, P50pocket, MatePad SE, MatePad Pro 11, Matepad 10.4, Matepad Pro 12.6.

No Image Caption

Cepat dapatkan Siri HUAWEI pilihan anda

No Image Caption



Dalam menerajui teknologi telefon pintar, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan HUAWEI.

Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk mencuba telefon pintar dan tablet dengan HUAWEI AppGallery kerana aplikasi Google kini tersedia untuk digunakan.

Bagi HUAWEI Mate50 Pro kaca Kunlun 8GB + 256GB ditawarkan pada harga RM4,899 bagi warna hitam karbon dan perak. Bagi warna oren vegan pula ditawarkan pada harga RM5,299.

Kesemua ini akan didatangi dengan hadiah bernilai RM300. Cepat rebut tawaran ini sebelum kehabisan stok!

Kunjungi HUAWEI Experience Store, laman sesawang rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di laman Shopee dan HUAWEI Flagship Store di laman Lazada untuk maklumat lanjut.