Muslim Pro senaraikan 10 rancangan terbaik

Antara 10 rancangan terbaik disenaraikan Muslim Pro yang boleh ditonton melalui perkhidmatan penstriman dalam talian Qalbox untuk tontonan pada Syawal ini.
Antara 10 rancangan terbaik disenaraikan Muslim Pro yang boleh ditonton melalui perkhidmatan penstriman dalam talian Qalbox untuk tontonan pada Syawal ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Muslim Pro telah menyenaraikan 10 rancangan terbaik yang boleh ditonton melalui perkhidmatan penstriman dalam talian Qalbox untuk memanfaatkan sepenuhnya masa tontonan anda pada Syawal ini.

Muslim Pro dalam satu kenyataan berkata, dengan Qalbox disepadukan ke dalam aplikasi Muslim Pro, pengguna boleh mengakses semua rancangan itu dengan mudah di mana sahaja dan memuat turun Qalbox yang baharu tersedia di Apple TV anda dan TV pintar.

“Melalui langganan Qalbox, anda boleh mengakses semua kandungan yang terdapat di dalam Qalbox dan ciri premium dalam aplikasi Muslim Pro,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, antara 10 rancangan yang boleh ditonton pada musim perayaan ini ialah Food from the Heart, I am Muslim, Barakat, Bilal: A New Breed of Hero, One Day in the Haram, The Sultan & Khan, Little Mosque on the Prairie, The Message, Omar dan The Journey.

“Menerusi rancangan Food form the Heart, penonton melihat perjalanan kulinari enam chef Muslim di seluruh dunia.

'Mereka berkongsi bagaimana Islam telah mempengaruhi masakan mereka dan bagaimana mereka mencipta resepi makanan halal yang menyelerakan dengan hidangan tradisional yang inovatif.

“Kisah-kisah berharga ini meneroka makna di sebalik masakan dan mencipta masakan dari hati. Food from the Heart mesti ditonton oleh sesiapa sahaja yang sukakan budaya dan masakan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, rancangan Little Mosque ialah siri komedi yang menyentuh hati mengisahkan mengenai kehidupan masyarakat Islam kecil yang rapat sesama mereka.

“Rancangan ini menceritakan kisah lucu dan menekankan mengenai kegembiraan dan perjuangan keluarga, cinta, dan jurang generasi.

'Rancangan ini adalah siri menyegarkan dan menghiburkan yang meneroka kerumitan kepelbagaian budaya dan toleransi agama dalam konteks Kanada yang unik,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, Barakat pula ialah rancangan yang mengisahkan Aisha Davids, seorang ibu berusia yang berazam untuk menyatukan semula keluarganya yang retak semasa sambutan Aidilfitri.

“Barakat wajib ditonton oleh sesiapa yang menggemari drama kekeluargaan dengan sentuhan komedi. Ia juga merupakan pemenang Anugerah Golden Horn untuk Pencapaian Terbaik dalam Pengarahan dalam Filem Cereka pada 2022.

“Semua rancangan dan filem ini boleh diakses dengan mudah dan sedia untuk ditambahkan pada senarai tontonan anda dengan melayari halaman web Qalbox atau melalui aplikasi Muslim Pro,” kata kenyataan itu.