Pahang agih Juadah Makmur bermula hari ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long mengagihkan Juadah Makmur kepada jemaah salah sebuah masjid di daerah Lipis selepas solat Jumaat. - Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long mengagihkan Juadah Makmur kepada jemaah salah sebuah masjid di daerah Lipis selepas solat Jumaat. - Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang mula melaksanakan penyediaan Juadah Makmur untuk diagihkan kepada orang ramai di negeri ini bermula pada Jumaat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebagai permulaan, Juadah Makmur diedarkan di daerah Lipis melibatkan beberapa masjid dalam kawasan DUN Jelai, Benta dan Padang Tengku.

Menurutnya, Juadah Makmur satu inisiatif kerajaan negeri yang disediakan untuk rakyat di negeri ini melalui agihan makanan selepas solat Jumaat setiap minggu.

Pek makanan Juadah Makmur yang disediakan untuk diagihkan kepada jemaah masjid di daerah Lipis pada Jumaat. - Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail
Pek makanan Juadah Makmur yang disediakan untuk diagihkan kepada jemaah masjid di daerah Lipis pada Jumaat. - Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail

"Juadah Makmur satu pendekatan baharu yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk rakyat Pahang dengan peruntukan RM11 juta setahun seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya melalui satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.

Wan Rosdy berkata, melalui pelaksanaan program seumpama itu diharap dapat merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan negeri demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Artikel Berkaitan: