[VIDEO] Dipecat UMNO: 'Saya tidak dengar apa-apa berita' - Annuar

Annuar Musa, Ahmad Zahid
Annuar Musa, Ahmad Zahid
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] "Saya tidak dengar apa-apa berita lagi," kata Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pada Khamis.

Jawapan ringkas itu dilontarkan kepada pemberita selepas ditanya mengenai pemecatannya ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada Khamis.

Annuar ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pemecatan tersebut dan terus berjalan menuju ke kenderaannya.

Annuar pada Khamis dipercayai antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat dalam mesyuarat MKT UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Sumber memaklumkan, dua lagi ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik pemimpin parti sehingga beliau digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung BN pada Januari 2021.

Kelantangan Annuar juga dipercayai antara faktor beliau tidak dicalonkan untuk kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Artikel Berkaitan: